Baiah antara sebab kerajaan PAS Kelantan selamat

webmaster

day3KOTA BHARU: Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata baiah merupakan salah satu usaha untuk mempertahankan pentadbiran kerajaan negeri yang ada sekarang.

Ia merupakan salah satu cara selain sumpah dan takliq, bagi mengelak perbuatan melompat wakil rakyat PAS.

Menurutnya, setiap pemimpin tidak boleh melanggar usaha tersebut yang dirintis Mantan Menteri Besar, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana melibatkan laknat Allah.Kata beliau, antara agenda baiah yang dicatatkan oleh Imam Ahmad dari riwayat Jabir Abdullah RA ialah berinfaq semasa susah dan juga senang.

“Yang ini diajar dalam PAS untuk berinfaq atau derma, walaupun perbuatan ini diperlekehkan segelintir pihak, tapi apa yang kita buat untuk kita juga.

“Sepertimana hari ini kita sedang berusaha merasmikan jentera pilihan raya di peringkat kawasan, antara usahanya ialah kutip derma kalangan ahli,” katanya.

Ustaz Ahmad menambah beliau hanya meneruskan pesanan mantan Menteri Besar yang menggalakkan rakyat Kelantan agar gemar berinfaq kepada jemaah Islam.

Hadir sama pada ceramah di Bandar Satelit Pasir Tumbuh malam tadi anggota anggota Exco Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Datuk Fadzli Hassan dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabbar.

datukayUstaz Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan turut mengimbau peristiwa baiah dibuat 73 individu termasuk dua wanita di Bukit Aqabah, Makkah.

Dua wanita itu katanya bernama Nusaibah Kaab atau dikenali Ummu ‘Ammarah dan Asma’ Amru digelar dengan nama Ummu Mani’ dari kabilah Bani Salamah.

Peristiwa tersebut menjadi wadah ke arah terbinanya sebuah negara Islam di Madinah dengan berteraskan kepada agenda seperti diriwayatkan Jabir.

Selain berinfaq katanya, mendengar serta mematuhi arahan pimpinan dan menyuruh perkara maaruf, mencegah perkara mungkar juga sebahagian daripada agenda berkenaan.

Namun apa yang lebih penting jelas beliau, dalam hadis berkenaan ialah berjuang kerana Allah tanpa mempedulikan kecaman serta kemarahan manusia. – HARAKAHDAILY 28/10/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jawapan Datuk Anuar Tan Abdullah kepada Husam

SEPERTI janji saya di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas semasa sesi penggulungan, bahawa saya akan menjawab semua persoalan mengelirukan yang diungkitkan oleh YB Dato’ Husam Musa. Saya ingin membuat teguran dan memberi peringatan kepada YB Dato’ Husam Musa  bahawa tidak wajar beliau mengungkit dasar, polisi dan semua perkara […]

Subscribe US Now