Bajet 2018: Bajet kitar semula

webmaster

BELANJAWAN negara 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, lebih kepada ‘umpan’ Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pada masa yang sama, sebahagiannya dikitar semula setiap kali belanjawan negara, namun tidak pernah dilaksanakan terutama soal peruntukan pendidikan percuma di IPT.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata begitu juga dalam menifesto BN, disebut perkara yang sama.

“Namun tidak dilaksanakan dan begitulah yang berlaku saban tahun,”ujarnya.

Katanya, sama ada PRU-14 akan diadakan tahun ini atau awal tahun hadapan, Belanjawan 2018 tetap belanjawan pilihan raya bagi memancing undi.

“Cara ucapan perdana menteri 30 minit terakhir itu juga ucapan semangat untuk bubar dewan,” katanya pada sidang media semalam.

Sidang media itu diadakan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan dan Ekspo Hijau Kelantan 2017.

Tambahnya, Kelantan berkeyakinan rakyat akan menerima nasib yang sama menerusi Belanjawan 2018.

Ketika ditanya, beliau memberitahu Kelantan tidak pasti apa manfaat yang akan dapat hasil daripada belanjawan itu.– HARAKAHDAILY 29/10/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Konsep bandar teknologi hijau di Hari Peladang

SAMBUTAN Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kelantan dan Ekspo Hijau tahun ini mengenengahkan pameran konsep bandar teknologi hijau. Selain turut dipamerkan bas elektrik, kereta BMW elektrik dan basikal elektrik. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sebanyak 16 anugerah diperkenalkan sempena program berkenaan. Antaranya Anugerah Usahawan Tani Jaya, […]

Subscribe US Now