Bajet 2018 lulus tanpa sokongan pembangkang

webmaster

SIDANG Dun Kelantan terakhir hari semalam meluluskan Belanjawan 2018 yang bertemakan Kelantan Sejahtera Untuk Islam.

Walaupun tanpa kehadiran pembangkang, namun belanjawan berkenaan berjaya diluluskan dengan mendapat sokongan sepenuhnya daripada penyokong kerajaan.

Cadangan kelulusan belanjawan  itu dibuat Menteri Besar, Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, ia disokong timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah.Seramai 10 orang anggota Dun mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan itu yang berakhir petang kelmarin termasuk Datuk Husam Musa (PAN-Salor).

Sidang Dun Kelantan kali ini diwakili 31 Adun PAS, 11 BN manakala masing-masing satu PAN dan PKR.

Seorang lagi Adun BN (Nenggiri), Mat Yussof Abd Ghani sebelum ini diisytiharkan bankrap baru-baru ini.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob membentangkan belanjawan defisit iaitu RM41.74 juta iaitu menurun berbanding RM42.65 juta pada 2017.

Isnin lalu Menteri Besar, membentangkan belanjawan defisit sejumlah RM41.74 juta iaitu menurun berbanding RM42.65 juta pada 2017. – HARAKAHDAILY 23/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pasar Siti Hajar: Adun PAN buat gempak

DAKWAAN pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) kononnya tiada pemimpin kerajaan negeri turun padang menangani isu Pasar Siti Hajar dianggap tidak berasas. Sedangkan sebelum ini majlis dialog diadakan bersama Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob ketika program pemukiman Menteri Besar di Pasir Puteh. Malah anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood beberapa kali […]

Subscribe US Now