Bajet abai Pantai Timur, Sabah dan S’wak

webmaster

KUALA LUMPUR: Reaksi terhadap Belanjawan 2019 dibentang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membayangkan seolah-olah Perdana Menteri dan para Menteri tidak dirujuk serta dibincangkan mengenainya.

Malah, peruntukan terbesar dalam sejarah negara itu menyaksikan usaha imbangan ekonomi Wilayah seperti dititah Yang Di-Pertuan Agong dan diuar-uarkan Kerajaan PH telah diabaikan sepenuhnya.

Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (PAS – Tumpat) berkata, angka yang tercatat tidak boleh menipu dan menjadi penilaian kepada rakyat melihat ke mana dan untuk siapa sebenarnya Belanjawan tersebut.

Bahkan sindirnya, bajet tersebut lebih sesuai dengan tema air mata duka terutama kepada rakyat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak yang sebahagian besarnya golongan miskin.

“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkurang sebanyak 13.7 peratus daripada RM5.119 bilion kepada RM4.417 bilion. Peruntukan subsidi baja padi kurang separuh jumlah peruntukan 2018 dari RM465 juta kepada RM232.5 juta.

“Peruntukan Insentif Pengeluaran Padi berkurang dari RM563 juta kepada RM281.5 juta. Sekali lagi separuh dari jumlah 2018. Intensif bersasar nelayan dari RM262 juta kepada hanya RM98.5 juta, dikurangkan 60 peratus dari 2018.

“Tiada peruntukan subsidi baja padi bukit atau padi huma berbanding RM70 juta tahun 2018. Elaun sara hidup nelayan darat dari RM12.5 juta kepada hanya RM3.5 juta, hampir RM10 juta kurang.

“Kementerian Pembangunan Luar Bandar pula peruntukan berkurang dari RM8.523 bilion kepada RM8.414 bilion,” ujarnya pada perbahasan Dewan Rakyat di Parlimen, di sini semalam.

Menurut beliau, peruntukan Pengupayaan Usahawan Desa di bawah MARA juga berkurang RM2.2 bilion iaitu daripada RM3.5 bilion kepada hanya RM1.3 bilion dan pembangunan jalan perhubungan desa kurang dari RM143 juta kepaa RM95.4 juta.

Lebih dikesali beliau apabila tiada langsung peruntukan khusus Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil dan penoreh getah berbanding RM261 juta yang diberikan pada tahun lalu.

Juga mengecewakan katanya, disebalik janji memperkukuhkan sistem Federalisma dalam negara, namun peruntukan royalti turut tidak disebut, selain tiada peruntukan pembinaan lebuh raya baru dan tebatan banjir.

“Itulah harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat negeri Kelantan. Semua ini adalah duka bagi rakyat Kelantan yang amat mengharap kerajaan baharu ini sepatutnya tidak mengulangi kesalahan kerajaan lama.

“Namun apa yang berlaku, kerajaan hari ini lebih galak menyerang serta merendah-rendahkan pengurusan Kerajaan Kelantan,” luah beliau yang juga Setiausaha PAS Kelantan. – HARAKAHDAILY 16/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8750-bajet-abai-pantai-timur-sabah-dan-s-wak

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Malaysia masih bergantung pendapatan industri judi?

KUALA LUMPUR: Kerajaan dilihat terus bergantung kepada pendapatan daripada industri judi apabila terus menaikkan cukai fi dan levi atas sektor tersebut, demikian kemuka Dato’ Takiyuddin Hassan (PAS – Kota Bharu). Menurutnya, ketika aktiviti judi haram diperangi, kerajaan seolah-olah menggalakkan pula perjudian dengan kenaikan fi kepada kasino dan premis atau perniagaan […]

Subscribe US Now