BAJET PERSEKUTUAN TIDAK SENARAI PROJEK MEGA

webmaster

OLEH SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melahirkan rasa dukacita apabila lima projek besar diumumkan menteri sebelum ini tidak disenarai dalam Belanjawan 2020.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, besar harapan kerajaan negeri supaya projek terbabit dimasuk dalam Belanjawan 2020 yang dibentang Menteri Kewangan Jumaat lepas.

Namun katanya apa yang diumumkan hanya pembinaan sebuah sekolah sahaja.

Ketika ditemui pemberita di pejabatnya semalam Mohd Amar bagaimana berharap projek berkenaan diteruskan, biarpun tidak dimasukkan dalam belanjawan.

“Kalau dari segi prosedur, lima projek itu tidak akan berjalan, hendak dapatkan duit dari mana dengan kos besar,” katanya.

Pada 7 Mac lal, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan Kerajaan Persekutuan melulus peruntukan tambahan RM200 juta kepada Kelantan.

Projek terbabit termasuk Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3), menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), laluan baharu Pasir Puteh-Machang–Jeli, Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dan Jambatan Palekbang-Kota Bharu. – HARAKAHDAILY 16/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13601-bajet-persekutuan-tidak-senarai-projek-mega

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MB TERHARU PENGISYTIHARAN ADUN BN

OLEH SALMAH MAT HUSAIN KOTA BHARU: Menteri Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas pengisytiharan Adun Kok Lanas Dato’ Md Alwi Che Ahmad tidak wujud lagi peranan Ketua Pembangkang di Dun Kelantan. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, beliau melahirkan perasaan lega dan terima kasih di atas kerjasama diberi […]

Subscribe US Now