Bangkitkan isu tanpa menjejaskan negara

KUALA LUMPUR: Demokrasi berparlimen dan kebebasan bersuara tidak harus digunakan untuk membangkitkan isu secara melepaskan geram hingga boleh menghakis kepercayaan pihak luar terhadap negara.

Teguran tersebut dinyatakan oleh Dato’ Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh (PAS – Pasir Puteh) ketika membahas Titah DiRaja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini kelmarin.

Menurut beliau, apabila menjadi Ahli Parlimen dan berada di dalam Sidang Dewan, perlu bersikap lebih terbuka dan efisyen terutama membangkitkan isu-isu hingga membantutkan keyakinan pelabur.

Katanya juga, perkara tersebut juga penting terhadap keyakinan rakyat terutama melibatkan janji sepertimana manifesto yang perlu bersikap telus tanpa berdolak-dalih lagi, kecuali terpaksa ditangguh kerana adanya halangan.

Beliau juga menyatakan keyakinannya bahawa Malaysia masih belum terlambat membina kembali moralnya di persada antarabangsa dengan memiliki autoriti sendiri menangani isu-isu seperti Rohingya, Palestin dan lain-lainnya. – HARAKAHDAILY 28/7/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7567-bangkitkan-isu-tanpa-menjejaskan-negara

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
26Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment