BANJIR DI KELANTAN HAMPIR PULIH

webmaster
Wan Roslan menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada mangsa banjir.

KOTA BHARU: Banjir di Kelantan hampir pulih sepenuhnya apabila hanya 66 orang mangsa banjir daripada 20 keluarga masih ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut laporan portal rasmi e-Banjir Negeri Kelantan, seramai 50 orang mangsa masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bakong, Pasir Mas.

Sementara 16 orang lagi mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 dalam Jajahan Tumpat.

Bagaimanapun, Adun Pengkalan Kubor, Ustaz Wan Roslan Wan Hamad, mengingatkan penduduk khususnya di kawasan yang mudah ditenggelami air agar sentiasa berhati-hati.

Jelasnya, keadaan cuaca yang tidak menentu sebarang kemungkinan boleh berlaku.

“Ramalan Jabatan Metreologi pula kemungkinan Pantai Timur akan dilanda hujan lebat antara 25 atau 26 Disember ini.

“Untuk itu kita perlu sentiasa berhati-hati, walaupun telah pulang ke rumah masing-masing dari PPS, kita perlu berjaga-jaga,” ujarnya yang menziarahi penduduk di beberapa buah kampung yang masih ditenggelami air.

Katanya, pihaknya telah menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada lebih 200 keluarga di Kampung Kubang Sawa, 250 keluarga di Kampung Sinpangan dan 80 keluarga di Kampung Palas Merah.

“Kita juga turut membantu di Kampung Kubu sebanyak 120 keluarga. Insya-Allah kita akan meneruskan bantuan di kampung kampung yang lain pula,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 9/12/2019

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/09/banjir-di-kelantan-hampir-pulih/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KELANTAN SEDIA HADAPI LIGA PREMIER TAKRAW

oleh Muhammad Arif Ismail KOTA BHARU: Kelantan melakukan persiapan rapi bagi menghadapi Liga Premier Sepak Takraw (STL) Champions Cup yang akan berlangsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studio, Johor akhir bulan ini. Timbalan Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Zuraidin Abdullah berkata, pasukan Kelantan Warriors menyasarkan layak pada peringkat separuh akhir […]

Subscribe US Now