Banjir di Kelantan pulih, pusat pemindahan ditutup

webmaster

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya hari ini apabila kesemua 15 pusat pemindahan banjir pada gelombang kedua ditutup petang tadi.

Laporan e-Banjir Negeri Kelantan yang dikemaskini petang ini mendapati kesemua pusat-pusat pemindahan mangsa banjir telah ditutup.

Perkembangan itu berlaku berikutan cuaca yang semakin cerah di negeri itu sejak tiga hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi, melahirkan rasa syukur kerana negeri ini telah selamat daripada banjir.

“Kita berharap tiada lagi banjir melanda negeri kita, insya Allah,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir.

Katanya, badan-badan bukan kerajaan, agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta individu terbabit telah banyak membantu meringankan mangsa banjir yang melanda negeri ini.

Sementara itu, Setiausaha Skuad Gonyoh Gaya, Dr Wan Martina Wan Yusof, mengucapkan terima kasih kepada semua NGO yang bergabung di bawah skuad itu membantu mangsa-mangsa banjir.

Katanya, gerak kerja skuad dalam semua program kebajikan begitu dihargai.

“Skuad kita berakhir misinya hari ini di SRJK (C) Yuk Chai Kuala Krai petang ini. Ianya begitu menyentuh perasaan kerana ukhwah yang terjalin antara ngo-ngo dalam dan luar Kelantan,” ujarnya.

Beliau yang mewakili Pengarah skuad Ustaz Khalik Mohd Zari mengucapkan terima kasih kepada NGO Pertis Taiping yang telah datang membantu sebanyak dua kali.

Sebanyak tujuh NGO turun membantu dalam skuad berkenaan, antaranya Mesra, Pertis, Jabatan Amal Ketereh dan Kuala Krai, Kelab Muda Kuala Krai, Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK, Papisma, Kelantan Hilir Trucker.

Turut membantu, Ketua Penerangan Pemuda PAS negeri, Nazman Che Ibrahim dan Adun Guchil, Roslam Puteh.- HARAKAHDAILY 29/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Mangsa terus dibantu walau banjir berlalu

RANTAU PANJANG: Walaupun banjir di Kelantan sudahpun berlalu namun beberapa buah kampung masih digenangi air banjir, antaranya Kampung Kelawar, Kampung Banggol Kor, Kampung Banggol Nyior dan Kampung Lancan yang terletak dalam Dun Meranti. Ekoran daripada itu, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, berperahu meredah banjir dari rumah […]

Subscribe US Now