Banjir Kual Krai susut, semua mangsa pulang

webmaster

KUALA KRAI – Keadaan banjir yang melanda Kelantan khususnya di jajahan Kuala Krai semakin surut dan kesemua 46 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Krai, Muhamad Hanif Omar berkata, 39 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Ghucil 7 di sini yang ditempatkan di Dewan Pejabat Veterinar Kuala Krai dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 11 pagi.

“Begitu juga dengan tujuh orang daripada sebuah keluarga dari Kampung Olak Jeram yang ditempatkan di Madrasah Mesek telah dibenarkan pulang ke rumah 11 pagi,” katanya kepada Bernama di sini.

Muhamad Hanif berkata kedua-dua pusat pemindahan banjir itu kini ditutup. – Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Banjir: JPN Kelantan tubuh jawatankuasa khas

KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani banjir jika bencana itu berlaku ketika sesi persekolahan berlangsung, kata Pengarahnya, Datuk Ab Aziz Abdullah. Katanya jawatankuasa itu ditubuhkan di peringkat negeri, daerah dan sekolah untuk memantau persediaan menghadapi banjir jika berlaku ketika sesi persekolahan. “Selain 336 […]

Subscribe US Now