Banjir P. Pinang: Kelantan serah sumbangan RM50,000

webmaster

SUMBANGAN RM50,000 untuk mangsa banjir dari Kerajaan Negeri Kelantan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bertempat di Bangunan DUN Pulau Pinang, sumbangan diterima Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, Datuk Sarul Bahiyah. Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Chong Eng.

Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Exco Kerajaan Kelantan Mumtaz Md Nawi. Turut hadir, AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Dr Azman Ibrahim; Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Wan Ubaidah Omar; Setiausaha Politik MB Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamad; dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Said Sidup.

Datuk Abdul Rashid mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan oleh Kerajaan Kelantan.

Mumtaz menyatakan, walaupun sumbangan ini tak seberapa, ia sebagai rasa bersama dan simpati rakyat Kelantan atas musibah yang menimpa rakyat Pulau Pinang.

Takziah dan rasa simpati dirakamkan kepada semua mangsa banjir.

Di samping sumbangan tunai RM50,000, turut dibawa bersama sumbangan barangan makanan dan keperluan harian yang akan diagihkan terus kepada mangsa banjir. – HARAKAHDAILY 6/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Mengurus bajet dengan akhlak

MANUSIA diciptakan dengan memiliki sifat-sifat yang khusus. Ada yang baik dan ada yang buruk pada zahirnya. Kecemerlangan manusia di dalam menguruskan sifat-sifat dirinya itulah yang menjadi kunci kejayaan hidupnya. Di situlah kunci kelayakannya dilantik sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi. Sifat yang baik adalah seperti sopan santun, pemurah dan […]

Subscribe US Now