Bantuan Banjir dari Negeri Jiran

KELANTAN: YB Hjh Mumtaz binti Md Nawi, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan mengucapkan JazakumuLlah khairul jazak kepada saudara Abdul Aziz bin Abdullah, Setiausaha Khidmat Malaysia Johor beserta rombongannya dalam misi menghantar bantuan banjir yang dialami oleh Kelantan 2017 di PUTIK, Pengkalan Chepa hari ini.

Rombongan dengan kekuatan sebanyak 14 buah hilux sarat dengan bekalan ini disambut oleh Khidmat Malaysia Kelantan di bilik operasi KM Negeri di Putik.

Turut serta, YB Dr Izani Husin, Timbalan Pengarah KMK serta Pengarah Jabatan Amal Negeri Kelantan.

Sumber: https://www.facebook.com/MumtazMdNawiOfficial/posts/1306492846162779

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook81Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment