Bantuan banjir: Kak Lah ucap terima kasih

webmaster

RANTAU PANJANG: Anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, mengucapkan terima kasih kepada badan-badan ngo serta pihak luar yang membantunya menangani masaalah  mangsa banjir di Parlimen itu.

Katanya, tanpa sokongan semua pihak termasuk anggota keselamatan beliau tidak mampu menangani masaalah itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan konvoi misi bantuan banjir di Masjid Beijing, di sini hari ini.

Beberapa badan ngo antaranya Kelab Balkis, Jurugambar Prihatin, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Dewan Muslimat PAS Rantau Panjang dan lain-lain lagi.

“Kak Lah ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua yang bantu Kak Lah,” ujarnya.

Menurutnya, tanpa pertolongan semua ia tidak akan berjalan lancar.

Sementara itu, pakaian terpakai sumbangan badan ngo Kelab Balkis dan Jurugambar Prihatin diserbu oleh mangsa-mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Kubang Kuau, dekat sini.

Sumbangan itu diserahkan sendiri oleh anggotanya hari ini di pusat pemindahan terbabit.

Sebanyak 10 bag plastik besar pakaian yang diuruskan oleh ngo berkenaan bagi mewakili anggota parlimen itu.

Parlimen Rantau Panjang antara yang tertinggi terlibat dengan banjir.

Lebih 400 orang mangsa banjir dari beberapa buah kampung dipindahkan di sekolah tersebut.

Difahamkan, mangsa banjir di situ buat pertamakalinya menerima sumbangan pakaian terpakai.

Noriah Samad, 39, berkata sejak empat hari beliau berpindah, ini adalah kali pertama beliau dan mangsa banjir yang lain menerima sumbangan sedemikian.

“Dah empat hari kami berpindah, ini kali pertama kami menerima sumbangan ini.

“Ia sangat bermakna, bayangkanlah hanya sempat bawa pakaian sehelai dua, keluarga pula besar,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pembinaan bandar baharu jana pertumbuhan eknomi

PASIR MAS: Pembinaan Bandar Baru Tasek Raja yang terletak di Jalan Pasir Mas Rantau Panjang mampu menjana ekonomi penduduk sekitar. Hal itu terbukti apabila ia dijadikan pusat bagi penduduk sekitar mendapatkan keperluan dan peniaga melakukan aktiviti harian mereka. Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan berkata beberapa langkah perlu […]

Subscribe US Now