Bantuan fasa pertama bagi golongan asnaf – Mohd Amar

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menjelaskan bahawa bantuan bagi fasa pertama adalah kepada golongan asnaf.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berharap orang ramai agar tidak salah faham terhadap Penghulu Mukim dengan bantuan yang disalurkan kepada golongan itu baru-baru ini.

Jelasnya, penghulu hanya mengikut arahan supaya menyalurkan sumbangan kepada golongan asnaf yang paling terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Khas Exco di JKR 10, di sini petang tadi.

Beliau memberitahu, fasa kedua bantuan akan diberikan kepada golongan tercicir, namun bukan untuk semua lapisan masyarakat.

“Mungkin ada di antara mereka masih berkemampuan, boleh membeli makanan harian sebagaimana biasa.

“Kita mempunyai penghulu yang mempunyai senarai golongan yang perlu disalurkan bantuan dan jumlahnya bergantung kepada setiap mukim,”ujarnya.

Amar seterusnya memberitahu, sebelum ini Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan (MAIK) telah menyalurkan sumbangan RM1 juta untuk membantu golongan asnaf.

Amar turut mengingatkan mana-mana pihak yang berasa tercicir dalam penyaluran bantuan itu supaya menghubungi penghulu masing-masing.

Beliau berkata kerajaan negeri menyenaraikan 50 orang daripada golongan asnaf di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tambahnya, sekiranya ada tercicir, mereka perlu menghubungi pejabat DUN masing-masing menerusi senarai yang diedarkan baru-baru ini.

“Kerajaan negeri telah bersetuju untuk memperuntukkan RM200 bagi setiap keluarga asnaf dan RM20,000 lagi bagi setiap DUN untuk bantuan seterusnya.- HARAKAHDAILY 1/4/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/01/bantuan-fasa-pertama-bagi-golongan-asnaf-mohd-amar/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

ADUN sedia ‘hotline’ bantu rakyat terjejas

KOTA BHARU: Wakil rakyat di Kelantan menyediakan ‘hotline’ bagi membolehkan orang ramai yang terputus bekalan keperluan harian untuk mendapat bantuan segera. Talian hotline tersebut membabitkan semua Pusat Khidmat DUN di seluruh Kelantan bagi membantu rakyat yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang. Notis itu tertera di media sosial sejak […]

Subscribe US Now