Bantuan musim tengkujuh patut diteruskan

KUALA KRAI – Bantuan musim tengkujuh (BMT) seperti yang diberikan kerajaan terdahulu pada bulan November, Disember dan Januari kepada penoreh getah patut diteruskan di bawah kerajaan baharu.

Adun Guchil, Hilmi Abdullah berkata, ia berikutan majoriti rakyat luar bandar tidak dapat keluar menoreh getah pada musim tengkujuh.

“Jadi penoreh tidak mempunyai sumber pendapatan sepanjang tempoh ini, sedangkan mereka mempunyai keluarga untuk ditanggung.

“Mereka mungkin mempunyai wang simpanan tetapi hanya dapat digunakan untuk perbelanjaan harian,” katanya .

Hilmi yang juga Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan berkata, sesi persekolahan baharu juga akan bermula pada Januari sekali gus meningkatkan perbelanjaan penoreh.

“Penoreh yang mempunyai anak masih bersekolah pastinya memerlukan perbelanjaan agak besar untuk membeli keperluan sekolah seperti pakaian dan kasut. Bukan itu saja buku juga perlu dibeli selain bayaran yuran.

“Jadi kita harap Kerajaan Pusat memikirkan alternatif untuk mengurangkan beban  golongan ini setiap kali tibanya musim tengkujuh,” katanya.

Pada Bajet 2018 kerajaan terdahulu membayar BMT kepada penoreh sebanyak RM200 setiap bulan, namun selepas kerajaan baharu mengambil alih pemerintahan penoreh getah tidak lagi menerima bayaran tersebut. – SINAR HARIAN 11/12/2018

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/bantuan-musim-tengkujuh-patut-diteruskan-1.914304

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment