Bantuan Serambi Mekah untuk mangsa kebakaran

webmaster

TUMPAT: Mangsa kebakaran, Zahuri Noh dari Kampung Pak Jah dalam Dun Kelaboran dekat sini menerima sumbangan Tabung Serambi Mekah sebanyak RM1,000.

Sumbangan itu disampaikan Penyelia Dun, Muhammad Draman di tapak kebakaran di Kampung Tujoh dalam Dun Pengkalan Kubor semalam.

Turut hadir menziarahi mangsa, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim.

Muhammad ketika menemui pemilik bengkel, Zahuri, mengucapkan takziah di atas apa yang berlaku.

Pada masa yang sama beliau juga berharap Zahuri bersabar dengan ujian itu.

“Semoga Allah gantikan dengan rezeki yang melimpah ruah, insya-Allah,” katanya.

Pada Isnin lalu, bengkel ekzos di Kampung Tujoh musnah setelah terbakar kira-kira jam 4.45 petang.

Pada kejadian itu, tiga pekerjanya nyaris terperangkap dalam kepulan asap tebal. Bagaimanapun, kesemua mereka selamat.

Turut hadir pada majlis itu Penghulu Mukim Kepala Batas, Wan Akbal Alimi dan Penghulu Muki Tujoh, Roshdi Ramli dan lain-lain pegawai kanan kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 22/2/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ekonomi tenat, impian lihat negara maju 2020 musnah

KOTA BHARU: Impian rakyat untuk melihat Malaysia maju menjelang tahun 2020 musnah  apabila ekonomi negara semakin tenat. Dalam tempoh 60 tahun pemerintahan BN, Malaysia dihimpit hutang negara yang semakin membebankan setiap tahun hingga mencecah lebih RM800 bilion. Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, rakyat belum sempat mencapai […]

Subscribe US Now