Bayar royalti seperti perjanjian 1975

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan perlu merealisasikan komitmen Perdana Menteri bagi membayar royalti petroleum kepada Kelantan.

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada 7 Jun lepas memberi jaminan akan membayar royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan Kelantan dan persekutuan masih dalam perbincangan mengenai perkara tersebut.

“Perkara itu masih lagi dalam perbincangan antara kerajaan negeri dan persekutuan. Jadi masih terlalu awal untuk mengupas perkara itu.

“Cuma kita berharap kerajaan pusat membayar royalti sebagaimana perjanjian pada 1975,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sebuah laman berita melaporkan Petronas sudah mengagihkan royalti petroleum dan Kementerian Kewangan sudah membayar kepada Sarawak dan Sabah namun tidak kepada Kelantan dan Terengganu. – HARAKAHDAILY 22/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8470-bayar-royalti-seperti-perjanjian-1975

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kokurikulum renang perlu patuh syariah

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan dicadang mengambil kira garis panduan Islam dalam usaha memperkenalkan kokurikulum renang tahun hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, program itu perlu diambil kira patuh syariah yang melibatkan pelajar Muslim. “Kita bersetuju dengan cadangan itu, bagaimanapun garis panduan berlandaskan Islam mesti […]

Subscribe US Now