BAYARAN ROYALTI AKAN DILAKSANA SEGERA

Oleh: Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan Kelantan kerana menarik balik saman terhadap kerajaan Pusat dan Petronas berhubung isu royalti.

Menteri Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah menarik balik tuntutan saman berkenaan akan membuka ruang dan memperkukuhkan semangat federalisme.

“Kerajaan Persekutuan mengucapkan terima kasih kepada Kelantan kerana mengambil inisiatif berkenaan.

“Pembayaran royalti itu akan dilaksanakan segera selepas proses selesai,” ujarnya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNg) kali kedua di Kota Darulnaim hari ini.

Azmin juga berkata, proses penarikan tuntutan saman berkenaan selesai sepenuhnya pada 27 Jun lalu.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri memenuhi syarat dengan penarikan balik saman sebagaimana dikehendaki. – HARAKAHDAILY 9/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11855-bayaran-royalti-akan-dilaksana-segera

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment