Bebanan kewangan tidak halang insentif pegawai

BIARPUN kerajaan negeri menanggung sebanyak RM1 juta sehari bagi menampung kos pembayaran gaji kakitangan, namun masih mampu memberi insentif kepada penjawat awamnya.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, antaranya elaun khas kepada pegawai tadbir negeri yang sebelum ini tidak ada.

Selain itu katanya, langkah sama turut dilakukan terhadap majlis daerah yang berjaya mengutip hasil tertinggi.

“Kerajaan negeri mengenalpasti serta bersetuju memberi penghargaan kepada lima majlis daerah yang berjaya,” katanya pada perjumpaan bersama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di JKR 10 malam tadi.

Beliau berkata, penjawat awam khususnya pegawai tadbir negeri merupakan tulang belakang negeri.

Menurutnya, golongan tersebut bertanggungjawab mencari dana kepada kerajaan negeri untuk disalurkan semula kepada rakyat. – HARAKAHDAILY 1/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment