Bekas imam kini Adun Dabong

webmaster

KUALA KRAI: Bekas Imam Masjid Dabong, Ku Mohd Zaki Ku Hussin dikenali ramai kerana kecaknaan terhadap rakyat.

Biarpun tidak menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13, namun sudah menabur bakti kepada masyarakat.

Dan kini setelah bergelar Yang Berhormat tugas yang sama dilaksanakan bagi membantu penduduk yang ditimpa kesusahan dan menyediakan kemudahan asas untuk mereka.

Ku Mohd Zaki berkata, sempena Ramadan sekarang hampir setiap hari beliau berbuka puasa bersama rakyat. (Foto: Ku Zaki bersama penduduk mengangkut paip air untuk dipasang di Kampung Jenal.)

“Saya hadir bagi menyampaikan tazkirah agama serta mengetuai bacaan tahlil yang menjadi tradisi rakyat Kelantan sebelum berbuka puasa,” katanya ketika dihubungi di Dabong.

Beliau juga membantu mangsa ribut di Kampung Dabong dan Serasa, di mana enam rumah penduduk rosak pada kejadian awal Ramadan lepas.

Menurutnya beliau menyampaikan zink dan kayu bagi membaiki rumah yang rosak tersebut. – HARAKAHDAILY 31/5/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 15

TAFAKKUR pada hari ini memfokuskan satu ayat berkaitan kebangkitan semula manusia setelah kematian. Golongan yang tidak beriman dengan hari akhirat akan menafikan adanya hari kebangkitan dan menganggapnya perkara mustahil. Firman Allah S.W.T: وَقَالُوا أَإِذَا كُنَّا عِظَامًا وَرُفَاتًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقًا جَدِيدًا “Dan mereka berkata: adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda […]

Subscribe US Now