Bekas pelajar bantu bina asrama maahad

webmaster

KOTA BHARU: Sejak Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi Kota Bharu (Alumni MM) diwujudkan NGO tersebut berjaya menyiap pembinaan sebuah asrama di Maahad Muhammadi Lelaki hasil sumbangan bekas pelajar.

Yang Dipertua Alumni MM, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata bangunan itu berjaya disiapkan pada 2012 di atas sebidang tanah di sebelah Maahad Muhammadi Lelaki yang dibeli dengan harga RM810,000.

“Malam ini pula dilancar Tabung Pembangunan Abdul Rahman al Makki dan Tabung Kebajikan Maahad Muhammadi.

“Derma tersebut bagi menampung pembinaan mini kompleks sukan yang mengandungi garaj motorsikal, ping pong dan futsal dengan anggaran kos pembinaan RM300,000.

“Selain itu bagi membantu pelajar Maahad Muhammadi Lelaki  dan Maahad Muhammad Perempuan yang memerlukan bantuan,” katanya pada majlis makan malam alumni terbabit.

Program itu diadakan di sebuah hotel dan dirasmikan anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nassuruddin Daud. Hadir sama Timbalan Mufti Kelantan Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad yang juga bekas Pengetua MML.

Dr Nazmi berkata mini kompleks sukan itu juga akan mengandungi gelanggang skuas, sukan yang jarang diceburi pelajar agama.

Sumbangan boleh disalurkan atas nama Tabung Pembangunan Abdul Rahman Al Makki melalui CIMB Bank (8602771142). Manakala Tabung Kebajikan Maahad Muhammadi CIMB Bank (8602771178). – HARAKAHDAILY 25/12/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Peminat mahu Kafa serius cara penaja

KOTA BHARU: Peminat sukan bola sepak di Kelantan yakin krisis kewangan yang melanda Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) boleh diselesaikan sekiranya semua pihak bekerjasama. Kata mereka Kafa tidak boleh bergantung kepada seorang individu sahaja bagi mengembalikan kecemerlangannya untuk beraksi di Piala Malaysia musim 2017. Adnan Ismail, 47 menyifatkan Ahli Jawatankuasa […]

Subscribe US Now