Bekas pemimpin PKR dilantik senator Kelantan

webmaster

BEKAS anggota parlimen Peringat (1999) yang mewakili PKR ketika itu, Ustaz Muhamad Mustafa 59, dipilih sebagai Ahli Dewan Negara bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) mengantikan Datuk Dr Johari Mat.

UsMohamadMNama beliau dicadangkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob pada persidangan Dun pagi tadi, kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.

“Saya mencadangkan Muhamad Mustafa dipilih sebagai Ahli Dewan Negara untuk mewakili Dun Kelantan di Dewan Negara,” katanya.

Ustaz Muhamad pernah mengetuai Parti Keadilan Nasional Kelantan ketika peringkat awal parti itu ditubuh.

Sebelum itu bertugas sebagai pensyarah di Akademi Islam Universiti Malaya di Nilam Puri. Beliau juga bekas Yang Dipertua ABIM Kelantan.

Dr Johari Mat yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan mengakhiri jawatan sebagai Ahli Dewan Negara berakhir pada 7 Julai lalu. – HARAKAHDAILY 11/7/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hampir kesemua tanah di Kelantan rizab Melayu

HAMPIR kesemua tanah di Kelantan merupakan rizab Melayu berdasar Enakmen Rizab Melayu 1930 dan ia lebih awal wujud berbanding Akta Orang Asli 1954. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, berdasar enakmen tersebut tiada istilah tanah adat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Kata beliau tanah adat hanya wujud di Sabah […]

Subscribe US Now