BELAJAR JAWI TIDAK JEJAS ADAT RESAM BUKAN MUSLIM

webmaster

OLEH SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Tindakan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) membantah pembelajaran Jawi dan khat yang dianggap sebagai usaha Islamisasi ke atas bukan Melayu dianggap tidak berasas.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pembelajaran Jawi dan khat di sekolah vernakular tidak menjejaskan kepercayaan dan adat resam masyarakat bukan Islam.

“Tulisan khat merupakan salah satu identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan ia juga merupakan tulisan al-Quran.

“Bagi orang bukan Islam ia adalah salah satu identiti negara, kenapa tidak boleh terima,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melabelkan Dong Zong sebagai rasis kerana tidak pernah bersetuju dengan dasar pendidikan negara termasuk Sekolah Wawasan.

Dr Fadzli juga berkata, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) sudah memperkenalkan bahasa Mandarin bagi membantu memperluaskan lagi khazanah negara. – HARAKAHDAILY 14/8/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12511-belajar-jawi-tidak-jejas-adat-resam-bukan-muslim

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

USIR ZAKIR NAIK: AMARAN UNTUK DAP!

OLEH YB USTAZ AHMAD FADHLI SHAARI SAYA membaca kenyataan terkini Lim Kit Siang di dalam Malaysiakini yang sekali lagi mengulangi pendirian parti DAP bahawa pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik perlu diusir daripada negara ini. Kenyataan itu dapat diakses melalui laman web Malaysia kini di pautan berikut : https://m.malaysiakini.com/news/488051 Saya ingin […]

Subscribe US Now