Belanjawan 2019: Duka buat rakyat Pantai Timur

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2019 memberi duka lara kepada sebahagian besar rakyat khususnya di sebelah Pantai Timur.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, belanjawan itu memberi duka kepada sebahagian besar rakyat terutama yang berada di kawasan pedalaman seperti di Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak yang merupakan kumpulan yang sepatutnya diberi tumpuan utama, sebaliknya diabaikan secara relatifnya.

“Namun setelah ditelitikan terhadap belanjawan ini, tidak dinafikan ada pihak yang bergembira, namun sebahagian besar rakyat berasa sangat berdukacita.

“Negeri Kelantan langsung tidak disentuh dalam pembentangan Belanjawan 2019 ini, walaupun banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam sesi perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, usaha untuk mengimbangi ekonomi wilayah seperti yang dititahkan oleh Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong diabaikan oleh kerajaan baharu ini.

Menurutnya, dalam belanjawan itu tiada peruntukan khusus bagi bantuan musim tengkujuh kepada pekebun-pekebun kecil dan penoreh getah berbanding peruntukan 2018 sebanyak RM261 juta telah disalurkan.

Sehubungan itu, beliau juga meluahkan rasa sangat kecewa apabila isu peruntukan royalti kepada Kelantan tidak disebut dalam belanjawan itu di sebalik janji kerajaan untuk memperkukuhkan sistem federalisma dalam negara ini.

“Tiada program penambahbaikan tebatan banjir, tiada peruntukan terhadap pembinaan lebuh raya baharu serta penangguhan projek ECRL, itulah harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat negeri Kelantan.

“Kesemua ini adalah duka kepada rakyat Kelantan yang amat mengharapkan kerajaan baharu ini tidak mengulangi kesalah kerajaan terdahulu, namun apa yang berlaku kerajaan hari ini lebih ‘galak’ menyerang dan merendah-rendahkan kerajaan Kelantan,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8746-belanjawan-2019-duka-buat-rakyat-pantai-timur

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment