BELANJAWAN 2020 MASIH PINGGIRKAN KELANTAN

webmaster

OLEH NUR HASMIRA MOHAMAD

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2020 masih meminggirkan wilayah Pantai Timur seperti Kelantan kerana tiada peruntukan projek khusus untuk negeri tersebut.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, secara keseluruhannya rakyat Kelantan sangat berdukacita dengan pembentangan belanjawan kali ini sama seperti tahun

Katanya, tiada pengumuman dibuat oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan kali ini yang menyentuh mengenai pemberian royalti petroleum sebanyak 20 peratus seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Kita dapati keseluruhan kawasan wilayah Sabah dan Sarawak sangat baik dan bantuan kepada petani dan nelayan nampaknya kali ini dia beri perhatian tetapi dalam konteks pembangunan wilayah seperti Pantai Timur sangat mengecewakan.

“Negeri Pahang ada satu projek pelabuhan, di Terengganu hanya projek untuk sebuah sekolah Perlis, negeri-negeri ini masih lagi dianggap miskin masih lagi tidak ada sebarang peruntukan besar kecuali Sabah dan Sarawak.

Saya rasa belanjawan kali ini hanya menumpukan pembangunan di Pantai Barat (iaitu) negeri-negeri dah maju tanpa beri perhatian kepada Pantai Timur,” ujarnya.

Beliau yang ditemui Harakahdaily di lobi parlimen tidak menafikan peruntukan untuk wilayah Sabah dan Sarawak namun tumpuan peruntukan kerajaan hanya tertumpu kepada pembangunan infrastruktur meskipun negeri itu masih ketinggalan mengecapi kemudahan asas.

“Nampaknya kerajaan masih lagi beri peruntukan besar kepada perbelanjaan mengurus berbanding pembangunan.

“Kita akan ambil bahagian dalam perbahasan nanti untuk beri perhatian kepada soal-soal yang perlu diberi keutaman oleh kerajaan dalam sesi perbahasan akan datang ini,” tambahnya.– HARAKAHDAILY 12/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13564-belanjawan-2020-masih-pinggirkan-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

BAJET 2020: UBAT PENENANG YANG BERSULAM RACUN BERBISA

OLEH ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan kelmarin menjelaskan kepada kita bahawa Wawasan 2020 yang pernah diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Ke-4 tidak berjaya sebagaimana yang diimpikan oleh beliau dan seluruh rakyat Malaysia. Ternyata Malaysia terkial-kial dalam menjadi sebuah negara maju pada tahun hadapan. Subsidi […]

Subscribe US Now