Berapa pelaburan Akaun Amanah Kebankrapan

webmaster

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) menyatakan berapakah jumlah pelaburan mengikut pecahan tahun yang dibuat terhadap Akaun Amanah Estate Kebankrapan di bawah Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tahun 2015 hingga 2018.

Beliau turut mempersoalkan berapakah jumlah keuntungan yang diterima daripada pelaburan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Liew Vui Keong menyatakan jumlah pelaburan yang dibuat terhadap Akaun Amanah Estate Kebankrapan di Jabatan Insolvensi Malaysia.

“Bagi tahun 2015, jumlah pelaburan adalah RM650,000,000 manakala jumlah faedah daripada pelaburan tersebut adalah sebanyak RM24,007,648.77.

“Pada tahun 2016, jumlah pelaburan yang ditetapkan adalah sebanyak RM850,000,000 dan faedah jumlah pelaburan tersebut adalah sebanyak RM27,225,041.50,” tambah beliau.

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mengemukakan soalan tambahan menyatakan pada tahun 2017, terdapat pindaan kepada Akta Insolvensi 1967 iaitu Akta 360 di mana kerajaan telah mewujudkan tabung bantuan Insolvensi.

“Apakah jumlah faedah yang diperolehi tadi dimasukkan semua ke dalam tabung bantuan Insolvensi kerana terdapat sebahagian pelaburan daripada akaun yang telah jelas dan mereka telah dikeluarkan daripada kebankrapan,” ujarnya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut mempersoalkan apakah keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan ini dipulangkan kepada mereka kerana kerajaan menggunakan dana duit setelah mereka tidak lagi dianggap bankrap.

Liew Vui Keong berkata, sememangnya pada tahun 2017 satu tabung telah ditubuhkan yang dikenali sebagai Insolvency Assistance Fund di mana untung daripada pelaburan yang dibuat di bawah seksyen 77.

“Akta ini boleh diguna pakai terhadap semua elaun atau kos yang dibayar kepada pihak peguam dan kepada mereka yang terlibat dalam prosiding tertentu,” jelas beliau. – HARAKAHDAILY 12/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10144-berapa-pelaburan-akaun-amanah-kebankrapan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Apa tindakan isu air dengan Singapura

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff mempersoalkan apakah tindakan tegas kerajaan dalam menangani isu bekalan air di antara Malaysia dan Singapura. Beliau membangkitkan soalan tersebut ketika mencelah waktu pertanyaan menteri. “Sekiranya Singapura terus berkeras untuk tidak berunding semula dalam isu bekalan air, apakah tindakan tegas kita sebagai […]

Subscribe US Now