BERDAKWAH MELALUI PENULISAN BERIMPAK TINGGI

webmaster

oleh Norzana Razaly

Muslim terbaik ialah yang paling bermanfaat kepada sesama manusia dan seluruh makhluk.

Ilmuan Islam, Imam Ghazali dan Imam Nawawi dipinjamkan hayat oleh Allah SWT cuma 44 tahun dan 54 tahun, namun nama mereka bagaikan bernyawa sepanjang zaman hanya kerana kebaikan yang disebarkan melalui penulisan. Bayangkan amal jariah mereka mengalir berterusan ke alam barzakh.

Menyedari hakikat ini, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Kelantan menganjurkan “Seminar Penulisan Berimpak di Media Sosial” bertujuan berkongsi ilmu dan kepakaran mengenai strategi penguasaan dunia penulisan berimpak tinggi untuk mempengaruhi jutaan hati manusia agar Islam berjaya disebarluaskan.

Menurut Pengarah Program, Dr. Nur Hanisah Zainoren, menulis adalah wadah termudah dalam usaha penyebaran dakwah. Jadi, amat bagus setiap muslim mampu menyebarkan kebaikan melalui penulisan.

“PAPISMA mengambil inisiatif berkongsi ciri muatan, gaya persembahan, teknik dan strategi yang betul dan menarik supaya tulisan yang berkualiti ini akan tersiar dalam halaman media sosial popular di Malaysia bahkan lebih tersebar luas (tular) ke laman maya yang gah dan ternama di persada antarabangsa. Saya lihat ramai yang boleh menulis cuma belum tahu cara yang terbaik untuk menjadikan mesej melalui tulisan mereka tular” ujarnya.

Bengkel penulisan tersebut bakal disampaikan oleh Dr. Nur Hanisah dan Dr. Saidatul Husna Mohamad Ab Karim, pegawai perubatan di hospital terkemuka merangkap penulis buku yang berjaya.

Mereka akan mengupas pelbagai topik menarik antaranya; Start Slow & Steady, Bagaimana Membina Niche, 5 Cabaran Penulis Media Sosial, Penulisan Biasa vs Penulisan Viral dan 5 Rahsia Dari 1 Ke 1K share.

Bengkel ini terhad kepada 30 peserta sahaja, sesiapa berminat boleh menyertainya dengan mendaftar di talian http://www.wasap.my/601111221589.- UPKN KELANTAN 4/2/2020

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2592850777615940

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

DIPLOMA PENGAJIAN TURATH KIAS: MANIFESTASI KEJAYAAN KELANTAN

1. Sedar ataupun tidak, sudah 30 tahun kerajaan Kelantan ditadbir bawah kepimpinan ulamak. Kadangkala kita sebak mengenangkan jasa para pimpinan yang sudah mendahului kita terutamanya Al-Marhum Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, mereka menabur benih membina generasi demi generasi yang akhirnya melahirkan generasi rabbani. 2. Dikesempatan ini, saya […]

Subscribe US Now