BERSATU PERTAHAN DR ZAKIR NAIK

webmaster
Dr Fadzli Hassan melancar van promosi jelajah Dr Zakir Naik.

KOTA BHARU: Biarpun berbeza politik namun demi mempertahankan Dr Zakir Naik umat Islam di negara ini hendaklah bangkit menuntut kerajaan terus memberi pelindungan kepada pendakwah terkenal terbabit.

Anggota Exco kerajaan negeri Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, umat Islam akan bersatu atas nama apa sekalipun demi mempertahankan Islam dan Dr Zakir.

Katanya umat Islam sedar apabila pendakwah itu dibawa pulang ke India dia akan dibicarakan dan kemungkinan diputuskan bersalah.

“Kita sudah tahu apa yang akan berlaku selepas itu dan kita juga sudah menjangkanya, kerana itu kita perlu mempertahankannya supaya terus tinggal di negara ini,” katanya di sini.

Baru-baru ini veteran DAP Lim Kit Siang bersetuju saranan penulis Anas Zubedy supaya Dr Zakir meninggalkan Malaysia secara sukarela.

Malah hujah itu dipertahankan seorang lagi pemimpin DAP, Ramkarpal Singh yang turut menggesa Dr Zakir diekstradisi ke India.

Dr Fadzli yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat berharap Malaysia akan terus mempertahankan untuk memberi perlindungan pada pendakwah terkemuka dunia itu. – HARAKAHDAILY 5/8/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12303-bersatu-pertahan-dr-zakir-naik

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

GESA SIASAT ISU LARANGAN SOLAT DAN DENDA

LARANGAN kepada pekerja Muslim bersolat pada waktu kerja dan denda RM500 jika melanggarnya oleh sebuah kilang di Selangor hampir mencetus polemik agama dan perkauman. Bagaimanapun, setakat ini pihak pengurusan kilang telah menafikannya seperti yang dimaklumkan pihak Polis DiRaja Malaysia menerusi media. Namun, semua pihak harus menyedari wujud dakwaan dan pengakuan […]

Subscribe US Now