BERTANI SATU IBADAH: KELANTAN BERJAYA HASILKAN PRODUK TANI SKALA BESAR

KOTA DARULNAIM – Kelantan berjaya menghasilkan produk-produk pertanian berskala besar yang terbaik di bawah gagasan ‘Bertani Satu Ibadah’.

Exco Pertanian negeri YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata kejayaan gagasan tersebut boleh dirujuk melalui statistik pengeluaran hasil oleh Jabatan Pertanian Malaysia khasnya bagi tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.

Katanya, Kelantan adalah pengeluar hasil tertinggi di Malaysia bagi tanaman tembikai dengan jumlah 47,119.0 tan metrik (mt). Manakala bagi tanaman durian, Kelantan menduduki tempat ketiga dengan hasil 41,814.7 mt selepas Pahang dan Johor.

“Bagi tanaman sayur-sayuran pula, pengeluaran hasil tertinggi tanaman cili ialah 7,621.8 mt dengan cili Solok sebagai identiti negeri dan tidak ditanam di negeri lain selain daripada cili padi,” jelasnya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas YB Datuk Seri Sr Md Alwi Che Ahmad dalam Persidangan Kali Yang Keempat Bagi Tempoh Penggal Kelima Dewan Negeri Kelantan Ke-14 Tahun 2023, hari ini.

Tambahnya, Kelantan juga adalah pengeluar kedua tertinggi bagi tanaman tomato berjumlag 69,510.1 mt selepas Pahang dan Perak. Manakala bagi tanaman kobis bulat pula Kelantan di tangga ketiga dengan produktiviti 4,373.3 mt selepas Pahang dan Sabah.

Sumber

(Visited 7 times, 1 visits today)

Add Comment