‘Bertani Satu Ibadah’ tingkat momentum petani

webmaster

KUALA KRAI: Gagasan ‘Bertani Satu Ibadah’ yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lepas memberi momentum bagi meningkatkan lagi sektor pertanian di Kelantan.

Pengerusi Jawankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kini semakin ramai anak-anak muda terbabit dalam sektor pertanian.

Katanya, bagi memperkembangkan lagi sektor pertanian kerajaan negeri memberi geran projek pertanian kepada lebih 100 petani di Kuala Krai membabitkan peruntukan sebanyak RM307,246.

“Ia merupakan salah satu penghargaan terhadap usaha petani, nelayan dan peladang bagi meningkatkan lagi hasil pertanian,” katanya pada majlis penyampaian bantuan tersebut di Pejabat Pertanian Kuala Krai, semalam.

Turut hadir Timbalan Speaker, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman; Adun Manek Urai, Fauzi Abdullah; Adun Guchil, Roslan Puteh dan Pengarah Pertanian Kelantan, Mohd Khairi Yusof.

Che Abdullah juga berkata kerajaan negeri baru-baru ini mengadakan perbincangan dengan Agro Bank bagi menyelaras bantuan kewangan kepada petani.

Pegawai Pertanian Kuala Krai, Azih Mamat berkata, peruntukan tersebut diberikan kepada lapan kategori pertanian.

Ia merangkumi pembangunan tanah terbiar RM102,400, pembangunan industri padi (RM18,000), pembangunan pelbagai komoditi (RM33,000) dan pembangunan industri sayuran (RM28,000).

Selain itu pembangunan industri buah-buahan (RM26,000), industri asas tani (RM19,000), pembangunan usahawan tani (RM30,000) dan pembangunan industri kelapa (RM45,000).

Projek tersebut melibatkan seramai 100 petani dengan keluasan 200 ekar. – HARAKAHDAILY 14/2/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pra Himpunan 355 di Kota Bharu Rabu ini

KOTA BHARU: Menjelang himpunan raksasa 18 Februari ini, badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kelantan akan berhimpun pra unjuk rasa (flash mob) menyokong RUU 355 Rabu ini. Exco Penerangan dan Mobalisasi Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Cawangan Kelantan, Zoolnazhi Naina Mohamad, berkata program itu bermula selepas solat Asar. Katanya, orang […]

Subscribe US Now