LAPANGAN Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu Sepatutnya Sudah Lama Diperbesarkan
Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan mempunyai kepanjangan landasan 2,804 meter dan mencatat penumpang pada 2015 seramai 292,109 orang.
Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu mempunyai landasan sepanjang 3,480m dan mencatat jumlah penumpang pada 2015 seramai 857,239 orang.
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah mempunyai landasan sepanjang 2,745 meter dan mencatat jumlah penumpang sepanjang 2015 seramai 719,029 orang.
Bagaimana dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu? Panjang landasannya hanyalah 2,400 meter. Pada tahun 2015, jumlah kesemua penumpang yang menggunakan lapangan terbang ini adalah seramai 2,063,747 orang!
Di dalam Bajet 2016, sebanyak 42 juta ringgit disediakan bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Bharu. Berlakukah usaha pembesaran ini semua pihak boleh saksikan. Manakala di dalam Bajet 2017, tidak disebut lagi tentang pembesasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Kaedah terbaik untuk membesarkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu ialah dengan menukar kerajaan di Putrajaya. –HARAKAHDAILY 2/11/2016