Bimbang pengaruh politik pemberi hutang

webmaster

MANA-MANA kerajaan boleh membuat pinjaman daripada pihak lain termasuk di luar negara bagi kepentingan rakyat selagi tidak menggadai kedaulatan negara.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah bagaimanapun berkata, ia perlu dikawal supaya hutang tidak mengikat diri kepada negara yang memberi hutang.

“Kalau setakat berhutang tidak ada masalah dan ia pernah berlaku dalam sejarah Rasulullah SAW.

“Kalau sampai tidak boleh berhutang langsung tidak betul dari segi cara berfikir,” katanya di Kota Bharu.

Baru-baru ini Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang meluluskan Enakmen Pinjaman Pulau Pinang (Bank dan Sumber Kewangan Lain) 2017.

Ia bertujuan memberi kuasa kerajaan negeri meminjam wang daripada mana-mana bank atau sumber kewangan yang diluluskan kerajaan persekutuan, bagi tujuan pelaburan kewangan, pelaksanaan pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial di Pulau Pinang.

Mohd Amar berkata, apa yang dibimbangi hutang itu menyebabkan si berhutang tunduk kepada tekanan atau pengaruh politik pemberi hutang. – HARAKAHDAILY 6/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Cucu terharu nama Tok Kenali diabadikan

USTAZ Lokman Ahmad, 79, tidak dapat menahan sebaknya apabila menceritakan nama datuknya, Tok Kenali banyak dinukil kembali oleh kerajaan Kelantan. “Ana tidak dapat menahan sebak kerana kesungguhan kerajaan negeri. Hari ini ana tengok satu lagi nama Tok Kenali terpampang di Kubang Kerian. “Tulisan Persimpangan Tok Kenali di simpang empat di […]

Subscribe US Now