Bina 5,000 rumah mampu milik penggal ke-13

webmaster

KERAJAAN negeri yakin mencapai sasaran menyiapkan 2,000 hingga 5,000 unit rumah mampu milik pada penggal ke-13 sekarang di seluruh Kelantan.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sehingga hari ini lebih 600 unit rumah mampu milik siap dibina anak syarikat kerajaan negeri.

Katanya, bagi merealisasikan usaha tersebut sebanyak 1,300 unit rumah mampu milik akan dibina di Bunut Susu, Tendong dan Berangan Mek Nab di Machang.

“Sasaran kita antara 2,000 hingga 5,000 unit, kalau dapat 2,000 unit alhamdulillah, kalau lebih dari itu lagi baik. Kita sedang usahakan bagi capai sasarannya.

“Insya Allah akan menjadi kenyataan dengan kerjasama semua pihak,” katanya selepas merasmikan pecah tanah projek tersebut di Meranti, Pasir Mas petang tadi.

Turut hadir Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kob, anggota-anggota Exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Hanifa Ahmad, Datuk Nassuruddin Daud serta wakil-wakil rakyat.

Projek tersebut dilaksanakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di kawasan seluas 5.3 ekar bakal menempatkan 64 unit rumah.

Menurutnya juga kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM9 juta setahun bagi melaksanakan projek berkenaan yang dikendalikan PMBK dan Perbadanan Iktisad Kemajuan Negeri Kelantan. – HARAKAHDAILY 15/3/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Menteri MITI biarkan Jeli tanpa pelabur

MENJELANG pilihan raya 1999 Umno menguar-uarkan sebuah kilang Proton akan dibina di parlimen Jeli. Iklan itu didirikan  di hadapan stesen minyak Petronas, tidak jauh dari simpang ke Pekan Jeli. Papan iklan itu dibiarkan ditumbuh semak samun dalam tempoh begitu lama. Kini sekiranya kita melalui jalan raya Tanah Merah-Gerik ia tidak […]

Subscribe US Now