Bina badan patuh syariah diintai negeri lain

webmaster

KOTA BHARU: Cabaran Mr Awang Selamat bakal dipertingkat dari segi penganjuran dan hadiah memandangkan sambutan peserta sangat menggalakkan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, lebih 70 peserta dari Terengganu, Selangor, Perak, Johor dan Kedah menyertai program itu yang mempertandingkan empat kategori.

“Lebih bermakna dan bangga apabila saya dimaklumkan sudah ada negeri yang mula mengambil konsep menutup aurat dalam sukan bina badan ini.

“Ia membuktikan Islam bukan penghalang untuk mencipta kejayaan dalam bidang sukan dan kita berharap penganjuran ini dapat dipertingkatkan untuk masa akan datang,” katanya ketika merasmikan penutup Mr Awang Selamat 2018 di di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) semalam.

Program itu dianjur Urusetia Belia dan Sukan dengan kerjasama Pertubuhan Awang Selamat Kelantan (Pasak) dan MPKB-BRI. – HARAKAHDAILY 15/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8409-bina-badan-patuh-syariah-diintai-negeri-lain

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Lepasan PPWK raih RM5,000 sebulan

KOTA BHARU: Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) yang diwujudkan kerajaan negeri lebih 10 tahun lepas berjaya membantu suri rumah meningkatkan pendapatan. Sehingga sekarang seramai 178 graduan lepas PPWK berjaya memperolehi pendapatan antara RM1,000 hingga RM5,000 sebulan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Wanita, Mumtaz Md Nawi berkata, pendapatan itu dijana dari […]

Subscribe US Now