Bincang jika tidak puas hati tapak rumah banjir

tech

KOTA BHARU – Pihak yang tidak berpuas hati dengan pemilihan tapak bagi membina rumah kekal mangsa banjir disaran mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata mangsa yang tidak berpuas hati seharusnya berbincang dengan kerajaan negeri bagi mengelak kelewatan pembinaan berterusan.

“Kalau tapak pembinaan tidak sesuai, sepatutnya pihak terlibat membawa perkara itu kepada kerajaan (negeri) untuk dibuat pilihan kepada tapak-tapak cadangan baharu,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Darul Naim di sini hari ini.

Beliau berkata tapak berkenaan telah dicadangkan kerajaan negeri dan dipersetujui Unit Perancang Ekonomi negeri dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan pada 4 Februari lepas.

“Senarai tempat dan tanah yang dicadang untuk dibangunkan oleh kerajaan Persekutuan itu telah dihantar kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada tarikh yang sama,” katanya.

— Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Berkongsi hasrat Kanun Jenayah Syariah di Kelantan

Penemuan satu kajian oleh Pusat Analisis Dasar dan Pembangunan Strategik Kelantan (CPASD) mengenai penerimaan rakyat terhadap peralihan teraju kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan pasca pilihan raya umum 2013 lalu amat menarik untuk diambil perhatian. Kajian membabitkan 645 responden di lokasi Dun Chempaka, Kelantan pada 1-15 Mac 2015 (menjelang pilihan raya kecil […]

Subscribe US Now