YB Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan bahawa permintaan kumpulan orang asli di Gua Musang boleh dirunding tapi mestilah dengan cara yang lebih teratur dan munasabah.
Beliau turut menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri turut mempunyai perancangan bahkan telahpun melaksanakan sebahagian pembangunan untuk komuniti orang asli di Kelantan melalui Yayasan Tok Kenali dan dengan kerjasama JAKOA.
Merujuk kepada insiden menghalang laluan balak di Hutan Simpan Balah berdekatan Pos Gob, mungkin wujud salah faham antara pembalak dengan orang asli.
Mohd Amar berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan 2016 di Kota Bharu.
Turut hadir dalam majlis berkenaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.