BMF SELARAS KEMPEN BBBM, BERI MANFAAT BESAR

webmaster

SAYA sangat gembira apabila hujahan saya berkenaan isu Buy Muslims First (BMF) di Parlimen Khamis lalu semasa membahaskan Bajet 2020 peringkat Jawatankuasa, di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mendapat perhatian dan reaksi positif dari Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Muez Abd Aziz.

Saya menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada Datuk di atas respon ini. Sebagai seorang Ketua Setiausaha yng bertanggung jawab beliau mengambil langkah memberikan maklum balas di kala mana hujah saya di Parlimen itu tidak disanggah oleh mana-mana Ahli Parlimen daripada pihak Kerajaan dan tidak disentuh langsung oleh Timbalan Menteri yang menggulung perbahasan, walaupun saya berkali-kali meminta Timbalan Menteri memberikan maklum balas, samada setuju atau tidak setuju.

Di kala terdapat beberapa MP bersetuju untuk Timbalan Menteri memberikan jawapan bertulis kerana kesuntukan masa, saya tetap juga merayu agar Timbalan Menteri memberi maklum balas kepada apa yang saya bangkitkan secara lisan. Namun sehingga mengakhiri ucapannya, tiada maklum balas dari Timbalan Menteri.

Walaupun tajuk dari Kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian dalam Sinar Harian semalam (Sabtu, 16 Nov) itu berbunyi, “BMF tidak turunkan harga barang”, namun isinya sangat menepati sepertimana yang saya hujah dan cadangkan. Saya sendiri menyetujui seratus peratus apa yang dijelaskan oleh beliau dan tidak ada percanggahan. Sebagai pegawai Kerajaan beliau telah membuat yang terbaik.

Yang pertama, semasa memulakan ucapan saya dalam tajuk ini, saya menyatakan bahawa saya menyokong program Kerajaan, “Beli Barangan Malaysia”, dengan hujah ia boleh mengurangkan aliran keluar wang negara. Ini disetujui oleh KSU dengan membuat penegasan “KPDNHEP sedang bekerja keras untuk mempromosikan kempen Beli Barang Buatan Malaysia (BBBM)”.

Datuk KSU seterusnya menyatakan, atau mengesahkan, “harga barang dan produk adalah berdasarkan kepada tawaran oleh pengilang, pembekal serta peruncit”, “pengilang, pembekal dan peruncit memberikan diskaun mengikut tempo tertentu di Pasar Raya atau premis perniagaan, menyebabkan sesuatu produk itu menjadi lebih murah”. Seterusnya beliau menambah, “Ia bergantung kepada inisiatif dan kempen jualan oleh peniaga untuk menarik perhatian pengguna”.

Untuk pengetahuan pengguna seluruh negara, itulah pun gerak kerja spontan dalam kempen BMF yang telah menurunkan harga barangan. Ia bukan satu gerak kerja untuk memboikot sesiapa selain pengkhianat yang mengotorkan makanan dan menaikkan harga barang melampau.

Akhirnya KSU menyatakan, “Kalau ada sekalipun BMF, ia sudah ada dalam Kempen Beli Barangan Malaysia”. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih kerana hanya itupun yang saya pohon, supaya dimasukkan dalam kempen beli Barangan Malasia dan jangan dihalang usaha murni BMF ini. Ia akan membawa kebaikan pada seluruh rakyat dalam negara, baik Muslim atau bukan Muslim.

DATO’ HAJI CHE ABDULLAH MAT NAWI
Ahli Parlimen Tumpat
17 Nov 2019 – HARAKAHDAILY 17/11/2019

Sumber: https://harakahdaily.org/index.php/2019/11/17/bmf-selaras-kempen-bbbm-beri-manfaat-besar/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

BANTAHAN TERHADAP CADANGAN LARANGAN ARAK MENGAIBKAN PROFESION DOKTOR

1. SAYA membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysian Medical Association (MMA) dan Federation of Private Medical Practitioners’ Associations Malaysia (FPMPAM) yang menyelar kenyataan saya di Dewan Rakyat minggu lepas berhubung larangan meminum arak secara terbuka. Kenyataan kedua-dua persatuan ini boleh diakses di pautan https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/11/20/doctors-groups-against-alcohol-ban/ 2. Untuk rekod, semasa saya mengambil […]

Subscribe US Now