BOLEH BAYAR CUKAI MELALUI KELANTAN PAY

webmaster
Dr Fadzli Hassan melawat gerai pameran pada Minggu Sains Negara.

OLEH SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kerajaan negeri membangun aplikasi pembayaran mudah alih (Kelantan Pay) bagi membolehkan bayaran cukai dibuat dengan lebih mudah.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, pembayaran cukai bandar Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) juga boleh dibuat melalui Kelantan Pay.

Katanya, sebelum ini Majaari Servis dan Air Kelantan Sdn Bhd memperkenalkan kaedah bayaran itu bermula Jun lepas.

“Usaha ini diperkenal untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan digital tanpa tunai.

“Kerajaan negeri menambah baik pengurusan hasil tanah agar masa hadapan bayaran hasil tanah dapat dilakukan melalui portal pembayaran atas talian,” katanya pada perasmian Minggu Sains Negara Peringkat Negeri 2019 di sini hari ini.

Teks ucapannya dibaca Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.– HARAKAHDAILY 15/8/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12531-boleh-bayar-cukai-melalui-kelantan-pay

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

DR ZAKIR NAIK: DEMI ISLAM KITA MESTI PERTAHANKANNYA

OLEH YB USTAZ ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN SETELAH meneliti kenyataan ‘penuh’ Dr Zakir Naik terhadap isu pengusiran ‘tetamu lama’, saya berpendapat kenyataan Dr. Zakir Naik tidak sepenuhnya memberi erti bahawa beliau bermaksud seperti yang di fahami oleh banyak pihak daripada hasil laporan media yang sengaja cuba mencetuskan isu. Tindakan kerajaan […]

Subscribe US Now