Boleh terus niaga seperti biasa – Nik Amar

webmaster

KOTA BHARU: Pengusaha kedai makan atau restoran di negeri ini boleh meneruskan aktiviti perniagaan seperti biasa, selagi belum menerima arahan rasmi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, arahan penutupan sementara premis perniagaan di Kelantan masih di peringkat awal.

“Arahan itu dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kepada pihak pengurusan PBT dan belum sampai ke peringkat bawahan.

“Belum ada arahan lagi kepada peniaga, PBT pun tak keluarkan apa-apa arahan lagi kepada peniaga, melainkan setelah menerima arahan PBT, barulah peniaga kena ikut,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas arahan penutupan sementara kedai makan antara jam 8.30 hingga 10.00 malam yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Isnin lepas.

Surat itu dianggap bermaksud menggalakkan orang ramai menunaikan solat sunat tarawih berjemaah di masjid.

Mohd Amar juga berkata, pihaknya menghormati pandangan pelbagai pihak mengenai isu berkenaan.

“Perkara itu perlu dilihat secara positif. Kita menghormati pandangan yang diberikan orang ramai, tetapi pada masa yang sama kita perlu melihat perkara itu secara positif.

“Ia tak perlu jadi isu kerana masih di peringkat pentadbiran dan bukan arahan. Kerana itu iatak perlu disensasikan,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/5/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10984-boleh-terus-niaga-seperti-biasa-nik-amar

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

H405: Permulaan kepada 'himpunan gergasi rakyat'

SETELAH satu tahun Kerajaan PH mengambil alih Putrajaya, Kongres Rakyat serta Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama 300 NGO-NGO Islam-Melayu berpendirian bahawa kedaulatan Agama Islam dalam negara kita sedang berada dalam keadaan bahaya dan perlu diselamatkan. Sekiranya perkara ini dibiarkan maka keadaan akan menjadi lebih teruk daripada hari ini. Himpunan Pertahan […]

Subscribe US Now