Bonda Mohd Amar kembali ke rahmatullah

webmaster

KOTA BHARU: Bonda Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Tengku Chik Tengku Ibrahim, 80, kembali ke rahmatullah di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kira-kira jam 1.25 pagi tadi.

Tengku Chik yang lebih mesra dengan panggilan Mak Ku dirawat di jospital berkenaan sejak sebulan lalu.

Jenazah akan dikebumikan kira kira jam 2.00 petang ini di Masjid Al-Amani, Pondok Tok Ayah Kedah, Kampung Panchor, di sini.

Almarhumah Mak Ku, merupakan cucu kepada Raja Dewa (Tengku Long Zainal Abidin) dan cicit kepada Sultan Muhammad III.

Suami Allahyarhamah yang juga bekas Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Allahyarham Ustaz Nik Abdullah Arshad telah meninggal dunia pada 1 Januari 1996. – HARAKAHDAILY 7/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8314-bonda-mohd-amar-kembali-ke-rahmatullah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Suarasa Gentera Urusetia Belia Sukan dan NGO

60 anak muda yang mengikuti program Generasi Sejahtera Kelantan (Gentera) berinteraksi langsung bersama exco belia dan sukan Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat dalam slot Suarasa Gentera. Pelbagai isu dibincangkan secara dua hala menyentuh dunia belia seperti kepimpinan, sukan dan perkongsian dasar-dasar kerajaan. Mereka juga mengambil peluang mengemukakan idea dan […]

Subscribe US Now