Buang sampah, tebus barang

webmaster

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mengambil inisiatif tersendiri dengan memperkenalkan konsep ‘buang dan tebus’ sebagai menggalakkan orang ramai menjaga kebersihan.

Melalui kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan, Kitar Pro Managment, setiap sampah kitar semula yang dibuang di tong yang direka khas, mereka akan dapat membuat tebusan berbentuk barangan.

Majlis perasmian acara itu dibuat oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood di Madinah Ramadan perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua MPKB-BRI, Datuk Zamri Ismail.

Menurut Fattah,  melalui kaedah yang pertama kali diperkenalkan itu, secara tidak langsung mendidik masyarakat membuang sampah secara berhemah sekali gus menjaga alam sekitar.

“Kita mahu didik masyarakat supaya cakna kepada kebersihan, nampak sahaja sampah kutip dan buang ke dalam tong yang disediakan.

“Bukan itu sahaja, mereka akan dapat  ganjaran melalui tebusan yang dibuat di kedai yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pada Pengurus Kitar Pro Managment Tengku Mohd Fadhil Tengku Hamzah, 40, berkata, idea itu tercetus sekian lama apabila 10 tahun syarikat itu terlibat dalam program kitar semula.

Beliau yang juga anak  jati Kelantan berkata, melalui kaedah itu, tong berkenaan akan keluarkan resit setiap kali sampah seperti botol dimasukkan dan boleh ditebus di kedai yang ditetapkan.

Menurutnya, buat permulaan, sebanyak lima unit tong disediakan di Kota Bharu dan akan diperluaskan termasuk ke negeri lain yang berminat.

Katanya juga, saiz tong tersebut bergantung kepada lokasi dan keperluan masyarakat setempat.

“Sistem ini pertama kali diperkenalkan di negara ini bagi didik masyarakat buang sampah secara berhemah.

“Dengan cara ini, mereka bukan sahaja buang sampah, tetapi dapat tebus barang,” katanya.[SINAR HARIAN]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PKINK, NGO ziarah anak yatim

PERBADANAN Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kumpulan PKINK (KSKK PKINK) dengan kerjasama lapan Badan Bukan Kerajaan (NGO) menziarahi penghuni anak-anak di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Darul Hanan Kelab Balkis. Rombongan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK,  Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail […]

Subscribe US Now