Buka sekolah agama YIK ikut kerajaan Pusat

webmaster

oleh Siti Fatihah Awang

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri memutuskan pembukaan semula sekolah-sekolah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) akan mengikut keputusan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran (KPM).

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya difahamkan Kementerian Pelajaran akan membuka sekolah tersebut berdasarkan kepada kelas-kelas yang terlibat dengan peperiksaan.

“Kita pun akan ikut sama nanti. SOP semuanya sama, kita akan ikut sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di JKR10, di sini hari ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah akan diedarkan mulai esok bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan sewajarnya, kata Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata, garis panduan berhubung pergerakan pelajar di dalam sekolah bermula daripada setibanya pelajar itu di sekolah hingga mereka pulang telah dihasilkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/86109/EDISI/Kelantan/Buka-sekolah-agama-YIK-ikut-kerajaan-Pusat

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

BUKIT MERBAU BAKAL JADI MADINATUL AL-RIADHAH MULAI 2021

oleh Norzana Razaly Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan cadangan Pembangunan Madinatul Al-Riadhah Bukit Merbau (Kompleks Sukan) di Mukim Bukit Merbau, Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, Kerajaan Kelantan amat serius terhadap kemajuan sukan negeri dan sangat bersyukur dipilih sebagai […]

Subscribe US Now