Bukan Islam sanggup berpuasa

webmaster
Wan Hassan (tengah) beramah mesra dengan penduduk Siam di Kampung Ketik Buloh, Semerak.

 

GENERASI ketujuh kaum bukan Islam di Semerak pada hari ini perlu mengekalkan hubungan baik dengan masyarakat Islam yang dibina nenek moyang mereka.

Penyelia Dun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, berbeza anutan agama tidak menjadi halangan kaum Melayu, Cina dan Siam berkongsi kehidupan.

Menurutnya, kawannya dari  kaum Cina sanggup berpuasa kerana menghormati kawan-kawan Melayu yang menjalani ibadah tersebut.

“Kita berkawan dengan orang Cina sama macam berkawan dengan Melayu, bermain bersama, kadang dari pagi ke petang, tidak ada masa untuk dia makan di depan kita dan dia pun menghormati kita sehingga sanggup sama berlapar.

“Sekalipun mereka tak puasa, mereka tak mungkin makan di depan kita orang Islam, sampai sekarang pun rasa hormat itu masih ada,” katanya.

Katanya, tradisi ini akan lenyap sekiranya generasi hari ini memandang remeh perhubungan baik antara kaum.

“Saya mengadakan majlis hari raya setiap tahun di pekarangan pejabat saya dan kaum Siam dan Cina dari pelbagai lapisan usia mesti hadir memeriahkannya, ini petanda baik sebenarnya untuk kita mengukuhkan semula perhubungan,” katanya.- SINAR HARIAN 13 JUN 2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan sedia prasarana sejahtera untuk Islam

KERAJAAN negeri kini sedang menyediakan prasarana untuk menjadikan Kelantan sebagai negeri yang sejahtera untuk Islam. Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata usaha itu dilakukan selaras dengan mandat diberi rakyat sejak 1990. Katanya, kerajaan negeri akan terus memperkasakan institusi agama selaras dengan tuntutan yang terkandung dalam al-Quran. “Pentadbiran […]

Subscribe US Now