Bukan seleweng, hanya tukar nama syarikat

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Dato’ Haji Hanifa Ahmad, menafikan syarikat kontraktor yang tidak wujud dalam isu perlantikan kontraktor Cdah Construction Jangka Prestasi JV Sdn Bhd bagi projek merekabentuk, membina, menyiapkan, mengujilari, mentauliahkan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal serta kerja-kerja berkaitan (reka dan bina) untuk skim bekalan air Merbau Chondong Fasa II (pakej 1), Jajahan Machang, Kelantan.

Pada sidang media yang diadakan di Wisma Air Kelantan itu, beliau menjelaskan, pihak Air Kelantan Sdn Bhd telah membuat tawaran secara tender terbuka untuk projek tersebut pada 12/11/2014. Sebanyak lima buah syarikat telah mengemukakan tawaran tender.

“Setelah melalui peringkat penilaian tender oleh pihak perunding bertauliah kesemua tawaran tender oleh lima syarikat tersebut telah diangkat untuk kelulusan bagi perlantikan kontraktor bagi projek tersebut.

Pada 11/01/2015 Jawatankuasa Tender Lembaga Pengarah AKSB telah bermesyuarat dan telah membuat keputusan meluluskan untuk melantik Cdah Construction Sdn Bhd JV Jangka Prestasi Sdn Bhd kerana lulus kesemua peringkat penilaian dan mempunyai pengalaman,” jelasnya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd.

Tambahnya, pihak Cdah Construction Sdn Bhd JV Jangka Prestasi Sdn Bhd telah memohon menukar nama kepada Cdah Construction Jangka Prestasi JV Sdn Bhd dan pihak Air Kelantan Sdn Bhd telah meluluskannya.

Penafian ini dibuat berkaitan desakan Husam Musa menuntut penjelasan Kerajaan Negeri berhubung status sebuah syarikat usaha sama yang memperolehi tender RM27.1 juta bagi mereka bentuk skim bekalan air di sebuah loji rawatan air (LRA) di negeri ini, tiga tahun lalu seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Video Penuh Sidang Media :-

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment