Cabaran Mr Awang Selamat

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kelantan Ustaz Wan Roslan Roslan melahirkan rasa teruja kerana anak-anak muda Kelantan semakin memahami dan mendalami dasar Kerajaan Negeri Kelantan apabila dapat menyempurnakan Cabaran Awang Selamat Kelantan 2018 dengan mematuhi syariah sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan negeri

Mr Awang Selamat ini turut mencuri perhatian exco-exco negeri lain apabila beliau memaklumkan pertandingan ini yang berlangsung di Kelantan sewaktu beliau menghadiri mesyuarat bersama Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini.

Ustaz Wan Roslan berucap sewaktu menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah Cabaran Awang Selamat Kelantan 2018 yang dilangsungkan di Dewan Jubli Perak Kota Bharu.
Pertandingan bina badan patuh syariah itu menerima penyertaan hampir 100 orang yang turut disertai oleh peserta dari negeri Terengganu, Selangor, Perak, Johor dan Kedah.

Cabaran Awang Selamat Kelantan 2018 ini yang mempunyai empat kategori turut disertai oleh anggota badan berunifom seperti Polis Diraja Malaysia, Angakatan Tentera Malaysia dan Bomba dan Penyelamat.

Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan adalah penganjuran dengan kerjasama Pertubuhan Awang Selamat Kelantan serta agensi lain termasuk Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan.

“Lebih bermakna dan berbangga apabila saya dimaklumkan bahawa sudah ada negeri yang mula mengambil konsep menutup aurat dalam sukan bina badan ini.

“Ia membuktikan bahawa Islam bukan penghalang untuk mencipta kejayaan dalam bidang sukan dan kita berharap penganjuran ini dapat dipertingkatkan untuk masa akan datang,” kata Ustaz Wan Roslan.

Beliau juga menyatakan bahawa bahawa pihak kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan kepada Menteri untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) kerana Kelantan tidak pernah dipelawa untuk menjadi tuan rumah.

Sehubungan dengan permohonan juga telah dikemukakan kepada Menteri untuk membaiki balapan dan astaka Stadium Sultan Mohamed Ke IV Kota Bharu sebagai memberi maklum balas soalan Menteri yang menyatakan bahawa stadium tersebut tidak pernah dibaiki melibatkan dana pihak kementerian berkenaan.

https://www.facebook.com/urusetiabeliasukan/posts/1961861997185619

(Visited 27 times, 2 visits today)

Add Comment