Carbon Credit sumber hasil alternatif kepada pembalakan

webmaster

Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa komited dan kreatif dalam menjana hasil negeri. Kerajaan Negeri sejak dari era pentadbiran al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi seringkali didakwa rakus ‘meratah’ hasil balak.

Justeru, 9 Januari 2017 telah dimeterai perjanjian berhubung penerokaan baru bidang Carbon Credit atau Perdagangan Karbon dengan sebuah syarikat tempatan iaitu Climate Protector Sdn. Bhd. Perjanjian ini antara lain memberikan hasil kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM10 juta dalam tempoh kajian selama 2 tahun
Perdagangan Karbon ini merupakan program jalinan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB ) dalam usaha mengurangkan pengeluaran karbon daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal di negeri-negeri membangun.

Melalui projek ini, tiada sebarang aktiviti pembalakan dan perlombongan dalam tempoh 30 tahun di kawasan Hutan Simpan seluas 396 ribu hektar. Ia merupakan projek pembangunan hutan lestari berstrategi serampang dua mata, iaitu selain menjana pendapatan dengan meningkatkan stok karbon di hutan, ia sekaligus mampu melindungi dan memelihara hutan, flora dan faunanya.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kenaikan premium setelah 25 tahun

Sejak dari tahun 1990 tiada sebarang kenaikan premium sehinggalah tahun 2015. Kenaikan itu adalah selari dengan kenaikan harga pasaran semasa tanah di Kelantan, bahkan jauh lebih rendah jika dibandingkan. Lot getah dan sawit – RM1,820 + 1% harga pasaran tanah Lot dusun dan kelapa – RM1,092 + 1% harga pasaran […]

Subscribe US Now