Catat Rekod Baru – Remaja OKU Johan Tilawah Al Quran

Majlis Hafazan dan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan tahun 2017 telah mencipta rekod tersendiri apabila Johan Qari telah disandang oleh peserta kurang upaya.

Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 19 tahun, telah dinobatkan sebagai johan qari, manakala Munirah Kassim 50 tahun, sebagai Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 2017, di Balai Islam, pada 2 Mac lepas.

Qayyim yang merupakan satu-satunya peserta cacat penglihatan telah membuktikan bahawa kecacatan sejak lahir yang dialaminya bukan penghalang untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi disamping minat dan usaha beliau dalam bidang tilawah.

Dalam pada itu, Ahmad Yaakob berkata, majlis tilawah yang bertemakan “Ukhuwah Islamiyah Asas Penyatuan Ummah” sangat bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri dalam menyatukan perpaduan ummah.

Pengurniaan hadiah telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan, Yang Maha Mulia Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra. Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM10000, pakej umrah, plak dan sijil penghargaan.

Kredit: RTV Kelantan

(Visited 6 times, 1 visits today)

Add Comment