Cendawan bantu tingkat ekonomi

webmaster

MACHANG – Bermula dengan hasrat mencuba rasa cendawan Volvariella yang baharu diperkenalkan di daerah ini, akhirnya seorang tukang rumah, Rahim Abdul Hamid nekad mengusahakan tanaman itu.

Kata Rahim, cara menanam cendawan tersebut menarik minatnya mengusahakan tanaman itu sekalipun tidak mempunyai pengalaman bagi mengusahakannya.

Tambahnya, sambutan baik masyarakat terhadap hasil tanaman itu juga memberangsangkan malah di luar jangkaan.

“Sambil membeli, saya sempat berkongsi pengalaman pengusahanya dan melalui ceritanya, saya sangat tertarik untuk mengusahakan tanaman ini.

“Pada mulanya saya mengusahakan 33 batas cendawan Volvariella pada tahun lalu dan alhamdullilah tanaman ini berhasil dan berjaya meningkatkan ekonomi keluarga saya,” katanya di Kampung Jakar, dekat Batu 30, di sini, kelmarin.

Rahim berkata, dia kemudiannya mengambil keputusan mengusahakan tanaman itu secara serius dengan mengusahakan 62 batas pada tahun ini.

Katanya, selain sambutan yang baik, tanaman cendawan itu juga tidak memerlukan modal yang tinggi dan dia berterima kasih kepada Jabatan Pertanian Machang yang banyak menyokong usahanya itu dengan perkongsian pengalaman dan khidmat nasihat.

Tambahnya, pulangan yang diterima pada musim pertama dikumpulkan dan usaha tersebut dikembangkan bagi  mengusahakan secara serius.

“Jika sebelum ini, pendapatan saya sebagai tukang rumah tidak menentu dan bergantung kepada kerja yang ada. Jika ada kerja, adalah hasilnya. Jika tiada kerja, hidup saya dan keluarga agak perit.

“Namun dengan mengusahakan tanaman ini, kehidupan kami bertambah baik dan tidak bergantung kepada tawaran kerja sebagaimana sebagai tukang rumah,” katanya.

Cendawan Volvariella atau biasanya dipanggil cendawan jerami diperkenalkan kepada pekebun kecil sebagai tanaman alternatif bagi menambah pendapatan mereka.

Sebelum ini, ia ditanam menggunakan jerami padi sebagai medium tanaman, namun kini lebih mudah apabila tandan sawit yang hanya perlu diperap digunakan sebelum disusun untuk dijadikan batas penanaman.

Abdul Rahim berkata,  berkata setiap hari dia mampu mengutip sekitar 20 kilogram cendawan Volvariella yang dijual dengan harga RM10 sekilo.

Katanya, sambutan terhadap cendawan Volvariella amat menggalakkan dan mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat dan orang ramai.

“Cendawan ini mempunyai khasiat yang tinggi dan boleh dijadikan hidangan untuk keluarga serta produk hiliran lain,”  katanya.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MPKB BRI rancang pembangunan secara mampan

MAJLIS Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan Local Agenda 21 (LA21) di Parlimen Kota Bharu bagi merancang pembangunan secara mampan. Yang Dipertuanya Datuk Zamri Ismail berkata, LA21 mementing kesejahteraan rakyat, teknologi hijau dan muafakat sesama masyarakat. Katanya, program tersebut akan diperluaskan ke kawsan Parlimen Pengkalan Chepa dan Kubang […]

Subscribe US Now