Contohi kejayaan usahawan tani Thailand

webmaster

KOTA BHARU: Usahawan Kelantan boleh menjadikan Thailand sebagai contoh bagi memajukan lagi bidang pertanian.

Menteri Besar melakukan ‘flag off’ misi perdagangan ke Thailand.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, petani dan usahawan tani di negara terbabit begitu maju khususnya dalam sektor pertanian.

“Jadi amat tidak rugi kalau kita menimba ilmu pengetahuan daripada pengusaha negara terbabit yang sudah berjaya,” katanya ketika merasmikan pelepasan Misi Dagang Jelajah Dewan 80-Road To Aran 2019.

Program itu diadakan di Hotel Jewels hari ini. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Pengerusi Kada Senator Dato’ Husam Musa dan Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Kelantan Mohd Ali Amin Abdul Latif.

Seramai 50 peserta akan mengikuti misi dagang selama 11 hari ke Thailand.

Program berkenaan diadakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Tourism Malaysia. – HARAKAHDAILY 15/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10649-contohi-kejayaan-usahawan-tani-thailand

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kes tarik balik saman royalti 17 April

TUMPAT: Keputusan Kelantan menarik balik saman yang dikemukakan terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan berhubung tuntutan royalti bakal didengari 17 April ini. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, kerajaan Persekutuan tidak boleh membayar royalti minyak kepada Kelantan selagi proses itu tidak diselesai di mahkamah. Katanya, langkah itu dilakukan selepas mengambil kira […]

Subscribe US Now