Covid-19 : Iktibar Banjir 2014

webmaster

Pengumuman terbaru Perdana Menteri Malaysia untuk mengekang Covid-19 adalah sangat positif.

Saya menyambut baik dan sentiasa mendoakan rakyat Malaysia di bawah lindungan Rahmah Allah Taala. Semoga pandemik ini dapat diselesaikan dalam masa sesegera mungkin.

Mengambil iktibar banjir 2014, saya menyarankan :

1- Rakyat perlu bertenang. Hanya perlu mendapatkan maklumat yang betul daripada pemerintah.

2- Terus dapatkan rawatan di hospital atau klinik berdekatan jika terdapat simpton-simpton jangkitan.

3- Kurangkan menghampiri kawasan-kawasan orang ramai dan hanya keluar untuk tujuan yang penting sahaja.

4- Pandemik ini masih terkawal dan akan mudah diselesaikan jika semua orang memahami dengan jelas apa yang perlu di lakukan.

5- Jangan lakukan pembelian panik kerana kerajaan telah menyatakan bahawa barangan makanan masih mencukupi.

6- Saya mencadangkan kerajaan menubuhkan sukarelawan terlatih untuk membantu petugas kesihatan yang bekerja keras dalam menangani masalah ini.

7- Untuk orang muslim, jangan berhenti berzikir dan berdoa kepada Allah Taala semoga pandemik ini selesai secepat mungkin.

Abdul Latiff Abdul Rahman
Ahli Parlimen Kuala Krai
20 Rajab 1441
17 Mac 2020

Sumber: https://web.facebook.com/UstazLatiff4KualaKrai/posts/3062733353770104

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan Negeri Memperuntukkan RM 5 Juta sebagai Peruntukan Khas Bagi Menangani Kesan Wabak Covid-19

Kenyataan Akhbar YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Kerajaan Negeri Memperuntukkan RM 5 Juta sebagai Peruntukan Khas Bagi Menangani Kesan Wabak Covid-19 1. Kerajaan Negeri Kelantan memandang serius situasi penularan Wabak Covid-19 khususnya situasa semasa Negara yang terpaksa diambil langkah drastik oleh Kerajaan Malaysia dengan pengistiharan Perintah Kawalan […]

Subscribe US Now