COVID-19: Melebar Risalah Menyantuni Ummah

webmaster

 

Perintah Kawalan Pergerakan atau yang disebut Movement Control Order telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah ini akan berkuatkuasa sehingga 31 Mac 2020 bagi menangani penularan wabak COVID-19.

Janganlah hendaknya ada yang tidak mengendahkan ketetapan tersebut kerana mungkin tidak menganggap serius pandemik ini. Bahkan, janganlah pula ada dikalangan yang dikategorikan sebagai kontak rapat kes COVID-19 dan Patient-Under-Investigation (P.U.I) yang sepatutnya dikuarantin masih gagal mematuhi arahan yang telah dikeluarkan menyebabkan penularan wabak COVID-19 semakin sukar dibendung. Lets’ break the chain!

Dalam hal ini, marilah kita merenung petikan firman Allah di dalam Surah Al-Maidah, ayat 32:
أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا
“.. bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya..” (Surah al-Maidah(5): 32)

Walaupun secara asasnya ayat tersebut membicarakan soal pembunuhan Qabil ke atas Habil, namun para ulama’ tafsir turut mengaitkan juga dengan sebarang bentuk kerosakan (fasad) di atas muka bumi yang mengundang kematian. Janganlah disebabkan ada dikalangan kita yang mengambil lewa soal Perintah Kawalan Pergerakan ini menjadi punca angka kematian yang sudah mencecah 10 orang pada hari ini bertambah dan penularan wabak ini semakin sukar dibendung. Ingat, ancaman yang dikenakan adalah seolah-olah kita membunuh manusia seluruhnya!

Sebaliknya, andai kita berperanan sebagai watak penyelamat (dalam konteks kita pada hari ni adalah #JustStayAtHome), mudah-mudahan kita mendapat ganjaran menghidupkan (menyelamatkan) manusia seluruhnya! Dalam masa sama, semoga Allah mengurniakan setinggi-tinggi ganjaran buat ‘frontliners’ yang berkorban siang dan malam berusaha menyelamatkan keadaan dan mengawal suasana dengan sangat baik dan penuh berdedikasi.

Akhirnya, percayalah bahawa keputusan dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan ini juga adalah selari dengan kaedah feqah;
تصرف الإمام على رعيته منوط بالمصلحة
“Tindakan pemerintah terhadap rakyatnya hendaklah berasaskan maslahah.”

Justeru, sekali lagi saya merayu seluruh anggota masyarakat untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan dengan memanfaatkan sebaiknya masa yang sangat berharga ini bersama keluarga tercinta di rumah masing-masing. Dalam masa sama, ayuh, teruskan bermunajat dan berdoa agar urusan kita semua dipermudah dan seluruh rakyat Malaysia dihindari daripada jangkitan COVID-19 ini.

#MusaadahCOVID19
#JustStayAtHome

YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
23 MAC 2020

Sumber: https://www.facebook.com/ybustazmarzuk/posts/885935578512012

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

95 peratus rakyat Kelantan patuhi PKP

TUMPAT: Kira-kira 95 peratus rakyat di Kelantan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan kerajaan bagi mengekang wabak Covid-19. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, PKP yang memasuki hari keenam hari ini menyaksikan tahap pematuhan dalam kalangan rakyat di negeri itu meningkat. Katanya, pematuhan tersebut termasuk […]

Subscribe US Now